Popular Posts

Wednesday 23 March 2011

Dekat Tapi Jauh.....

Bunyi mcm pelik je kan....tapi inilah realitinya perhubungan segelintir manusia....tak kiralah dlm hubungan cinta mahupun persahabatan....rasa sedih di hati ini utk merungkai persoalan ini...tapi luahan ini adalah satu kebenaran dari satu episod perjalanan kehidupan....
Dekat merupakan satu jarak yg  hampir..jika dikira dari sudut pandangan mata, ia boleh dilihat dgn begitu jelas...
Jauh merupakan satu jarak yg tak tercapai di tangan dan tak terlihat di pandangan mata....
Dekat tapi jauh? Merupakan satu situasi di mana jelas di pandangan mata tapi tak terasa kehadirannya di hati....
Mengapa ye situasi sebegini boleh terjadi?
hanya suara hati yg dapat memberikan jwpn yg paling jujur... Apalah ertinya ada di depan mata tapi tak pernah menghargai...apalah ertinya sentuhan jika jiwa sentiasa kusut dgn tingkahlaku yg tiada nilai kejujuran dan keikhlasan....? sampai bila hati harus teruji sebegini? Ya Tuhan...sesungguhnya kebenaran ini amat menyakitkan... Mengapa perlu ada kepura-puraan dlm hati insan yg kita sayangi....mengapa perlu ada rahsia yg bisa memakan hati ini? Ya Tuhan, berilah kami kekuatan setelah Kau lihatkan segala kebenaran ini...sesungguhnya kami sgt lemah tatkala menghadapi ujian dan dugaanMu...jauhilah kami dari api persengketaan...tutupkanlah pintu hati kami utk kebencian dan dendam kesumat...kami lemah Ya Tuhan....kami mohon segala perlindungan dariMu....
Kami telah diuji dgn pengkhianatan insan yg kami sayangi...ku mohon agar Kau berikan dia kebenaran utk melihat segala pengorbanan...berilah dia kesedaran agar tidak mengada-adakan cerita yg tidak benar....berilah dia petunjuk...agar kami semua sentiasa terlindung dari sebarang malapetaka yg tak pernah kami jangkakan....
Dia dekat dgn kami...tetapi dia terlalu jauh dari hati kami...jauh dari kasih syg kami....Ya Tuhan,tutupkanlah pintu hatinya dari terus mengkhianati kami...kerana di hati ini masih lagi berbaki akan kenangan dan ksh syg....
Duhai rakan dan taulan, jika kita masih memiliki sahabat...hargailah selagi kita msh memilikinya...dan selagi kita berpeluang utk menghargai....Jgn biarkan diri menjadi gunting dlm lipatan...duri dlm daging atau talam 2 muka...kerana kesannya amat menyakitkan...kita hidup di atas dunia ini,tidak selamanya akan menongkat langit...kita pasti akan kembali....
Jgn sekali2 membiarkan diri tergolong dlm golongan yg menjadi punca kekeliruan di hati insan lain yg menyayangi....

Friday 18 March 2011

Renung sejenak....


Selesai menunaikan solat subuh di sebuah masjid sekitar jam 6.30 pagi, aku meneruskan perjalanan ke destinasi...ketika melimpas di sebuah kuil, aku ternampak ramai orang2 India berada di kawasan kuil itu....Aku mendengar sahabatku mengeluh...katanya kalau dikira jumlah orang Islam yang datang ke masjid tadi, lebih ramai lagi jumlah orang India yang ada di kuil....lalu aku mula terfikir....mengapa ye....

Mungkin kaum seagamaku lebih selesa solat di rumah pada awal pagi...erm, kalau benar tekaanku,alhamdulillah...sekurang2nya mereka solat juga....tapi bagaimana jika mereka masih lena dibuai mimpi..??? Kecewanya jika tekaan yang satu ni betul....

Solat itu tiang agama...bagaimana jika kita seringkali mengabaikan tiang itu...? Lama-kelamaan pasti akan roboh jua...lainlah kalau kita sentiasa berusaha untuk mengukuhkannya... Bayangkanlah...jika rukun Islam yang kedua itu kita abaikan...bagaimanakah hubungan kita dengan Tuhan...? Adakah semakin jauh atau semakin dekat? Tepuk dada, tanyalah iman...  Kita hanya dipinjamkan roh untuk hidup di muka bumi ini buat sementara waktu saja...bukan lama pun...luangkanlah masa untuk tunduk dan sujud kepada Tuhan sebagai tanda syukur atas kurniaan itu....kerana...suatu hari nanti,kita semua pasti akan dijemput olehNYA....Maka, kita perlulah penuhkan bekalan yang secukupnya agar kita sentiasa bahagia di sana nanti....

Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Maha Pencipta Yang Maha Esa....InsyaAllah....

Thursday 17 March 2011

Persahabatan itu....


Oh kawanku...oh temanku
Lakukan langkah yang kita niatkan
Suka duka riang ria dalam susah senang terus bersama
Sahabatku...letakkan di dalam dadamu
Tak tercabar dan tidak akan terasa getar
Kita menentang arus, kita menentang badai
Biar dilibas taufan..terus berdiri
Walaupun dilanda, bersama bersatu
Dan semangat ini kekal membara.......



Lirik di atas besar maknanya kalau diaplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya dalam persahabatan.... Apabila kita bersahabat, kita memerlukan keikhlasan juga kejujuran dalam mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin agar tiada khianat-mengkhianati, hasad dengki dan juga curiga dalam jiwa...Biarlah ikatan yang terjalin itu terus berada dalam keadaan yang suci sebagai salah satu jalan kita menuju ke Jannah...
Namun jika direnung dengan mata kasar, ungkapan “persahabatan” hanyalah sekadar ungkapan..ungkapan ini hanya akan bererti jika kita yang meletakkan makna yang berharga..
Persahabatan itu tidak dijual di mana2 pasaraya terkemuka mahupun di kaki lima kota dan desa....Tetapi...persahabatan itu boleh didapati di dalam hati yang tulus..lahir dari nurani yang murni...
Tapi kita seringkali kecewa jika persahabatan itu dikhianati oleh sahabat yang kita sayangi...apakah salah diri hingga dihukum sebegini...? Tepuklah dada, tanyalah iman...jawapan yang kita temui seringkali sentiasa menimbulkan amarah di hati...namun mungkin kita alpa...kita juga mungkin punya salah dan silap pada mereka...
Kemaafan adalah penutup segala sengketa...walau apapun, kejujuran perlu ada...tidak akan berakhir sesuatu sengketa jika masih wujudnya sandiwara...kita semakin dewasa...punyai akal fikiran yang matang...sampai bila harus bermasam muka dan bermain teka-teki tanpa penghujungnya....
Kemaafan, kejujuran, keikhlasan adalah penting dalam sesebuah persahabatan...kerana semua itu akan mendekatkan kita pada redha Tuhan...Wahai teman-teman yang sayangkan persahabatan, jagalah ikatan itu dengan sebaik mungkin...kerana dalam dunia ini kita dicipta dengan saling memerlukan antara satu sama lain....layanlah mereka dengan seberapa yang baik seperti mana kita ingin dilayan oleh mereka...setiap orang punyai kesilapan..dan kita juga adalah salah satu di antaranya....bukakan hati, bukakan minda...waraskan akal dan fikiran...berikanlah kemaafan agar kita sentiasa mendapat keampunan dan redha dari Tuhan...

Payung Kasih Sayang....

Di sini bermula cerita dalam meniti episod kasih sayang.... Aku adalah sang pencerita...merangkap seorang penglipur lara...