Popular Posts

Thursday, 17 March 2011

Persahabatan itu....


Oh kawanku...oh temanku
Lakukan langkah yang kita niatkan
Suka duka riang ria dalam susah senang terus bersama
Sahabatku...letakkan di dalam dadamu
Tak tercabar dan tidak akan terasa getar
Kita menentang arus, kita menentang badai
Biar dilibas taufan..terus berdiri
Walaupun dilanda, bersama bersatu
Dan semangat ini kekal membara.......



Lirik di atas besar maknanya kalau diaplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya dalam persahabatan.... Apabila kita bersahabat, kita memerlukan keikhlasan juga kejujuran dalam mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin agar tiada khianat-mengkhianati, hasad dengki dan juga curiga dalam jiwa...Biarlah ikatan yang terjalin itu terus berada dalam keadaan yang suci sebagai salah satu jalan kita menuju ke Jannah...
Namun jika direnung dengan mata kasar, ungkapan “persahabatan” hanyalah sekadar ungkapan..ungkapan ini hanya akan bererti jika kita yang meletakkan makna yang berharga..
Persahabatan itu tidak dijual di mana2 pasaraya terkemuka mahupun di kaki lima kota dan desa....Tetapi...persahabatan itu boleh didapati di dalam hati yang tulus..lahir dari nurani yang murni...
Tapi kita seringkali kecewa jika persahabatan itu dikhianati oleh sahabat yang kita sayangi...apakah salah diri hingga dihukum sebegini...? Tepuklah dada, tanyalah iman...jawapan yang kita temui seringkali sentiasa menimbulkan amarah di hati...namun mungkin kita alpa...kita juga mungkin punya salah dan silap pada mereka...
Kemaafan adalah penutup segala sengketa...walau apapun, kejujuran perlu ada...tidak akan berakhir sesuatu sengketa jika masih wujudnya sandiwara...kita semakin dewasa...punyai akal fikiran yang matang...sampai bila harus bermasam muka dan bermain teka-teki tanpa penghujungnya....
Kemaafan, kejujuran, keikhlasan adalah penting dalam sesebuah persahabatan...kerana semua itu akan mendekatkan kita pada redha Tuhan...Wahai teman-teman yang sayangkan persahabatan, jagalah ikatan itu dengan sebaik mungkin...kerana dalam dunia ini kita dicipta dengan saling memerlukan antara satu sama lain....layanlah mereka dengan seberapa yang baik seperti mana kita ingin dilayan oleh mereka...setiap orang punyai kesilapan..dan kita juga adalah salah satu di antaranya....bukakan hati, bukakan minda...waraskan akal dan fikiran...berikanlah kemaafan agar kita sentiasa mendapat keampunan dan redha dari Tuhan...

1 comment: