Selesai menunaikan solat subuh di sebuah masjid sekitar jam 6.30 pagi, aku meneruskan perjalanan ke destinasi...ketika melimpas di sebuah kuil, aku ternampak ramai orang2 India berada di kawasan kuil itu....Aku mendengar sahabatku mengeluh...katanya kalau dikira jumlah orang Islam yang datang ke masjid tadi, lebih ramai lagi jumlah orang India yang ada di kuil....lalu aku mula terfikir....mengapa ye....
Mungkin kaum seagamaku lebih selesa solat di rumah pada awal pagi...erm, kalau benar tekaanku,alhamdulillah...sekurang2nya mereka solat juga....tapi bagaimana jika mereka masih lena dibuai mimpi..??? Kecewanya jika tekaan yang satu ni betul....
Solat itu tiang agama...bagaimana jika kita seringkali mengabaikan tiang itu...? Lama-kelamaan pasti akan roboh jua...lainlah kalau kita sentiasa berusaha untuk mengukuhkannya... Bayangkanlah...jika rukun Islam yang kedua itu kita abaikan...bagaimanakah hubungan kita dengan Tuhan...? Adakah semakin jauh atau semakin dekat? Tepuk dada, tanyalah iman... Kita hanya dipinjamkan roh untuk hidup di muka bumi ini buat sementara waktu saja...bukan lama pun...luangkanlah masa untuk tunduk dan sujud kepada Tuhan sebagai tanda syukur atas kurniaan itu....kerana...suatu hari nanti,kita semua pasti akan dijemput olehNYA....Maka, kita perlulah penuhkan bekalan yang secukupnya agar kita sentiasa bahagia di sana nanti....
Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Maha Pencipta Yang Maha Esa....InsyaAllah....
Islam semakin tenat... hukhuk...
ReplyDeleteIslam tak tenat...tapi penganutnya yg mula bermasalah....
ReplyDelete